Hikmah Pengembara

” Dan hampir semua wajah dan mata perempuan itu memiliki sihir yang mampu mengubah laki laki jadi serigala. maka sebaiknya memang kedua duanya saling menjaga. agar tetap menjadi manusia yang mulia dan tidak berubah menjadi manusia serigala.

Monday, September 24, 2012

SL1M : Episod 1_Bulan Yang ke-5

Sebelum ni aku tak pernah berkongsi apa pun yang terbaru berkaitan dengan kehidupan aku menjangkau umur yang ke 25th tahun. Aku sedang mengejar cita2ku yang semakin jauh dari apa yang aku harapkan. Bertemankan sebuah Lektop dan juga Broadband. ianya memberi seribu harapan yang aku tunggu dan belum pasti  akan muncul dalam keringat yang aku korbankan.

Matahari yang sentiasa bersinar

Bekalan doa seorang anak perantau hanyalah sebuah harapan yang menggunung yang bakal bercahaya atau bermandikan sinar sang suria atau sebaliknya akan berlaku, tatkala mendung yang cuba menutupi cahaya itu yang kini kian suram ku rasakan.

Sejuk dingin malam itu hanya akan membawa impianku ini terbang jauh dari apa yang dijangkakan oleh Si Perantau ini. Bagaimana hendak aku nakhodakan perjalanan kapal, jika apa yang aku laksankan hanyalah sebuah impian si Bilal yang menurut arahan si Tuannya. namun di selamatkan kerana pegangan yang kuat terhadap yang ESA.

Pelangi yang muncul tatkala Sinaran

mungkin luahan hati ini di rasakan susah untuk di fahami bagi mereka yang hanya mementingkan kesenangan dan kemewahan tapi dalam hati Si Perantau ini.. Hanya menantikan cahaya yang muncul itu bersinar dan terus menyerlah apabila si hujan turun dengan membawa bersama pelangi harapan dan juga impian itu akan terus menyinar.

Fahamilah dan hajatilah apa yang hati ini inginkan dan mahukan. hanya hati ini yang mahu berbicara.

- AcHIk -

No comments: